Tarikh : 16 Disember 2018
Masa : 08.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi Bilik latihan , Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Peserta : 78 orang
Tujuan 
Program ini diadakan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Malah, dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
   
Aktiviti 
Semua peserta yang hadir adalah dari kalangan kawasan setempat. Mereka mengikuti semua aktiviti yang dilakukan. Seperti senamrobik untuk semua peserta dari tadika hinggalah warga emas. Kemudian, mewarna online untuk peserta prasekolah. larian 1000 langkah untuk semua peserta yang hadir. Hadiah diberi mengikut kategori. Selain itu, pihak PI juga membuat pertandingan membuat poster online untuk peserta kaum ibu dan kuiz kesihatan untuk dewasa dan warga emas. Akhir sekali aktiviti cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana. 

Gambar Disini