Tarikh : 6 November 2020
Medium : Whatsapp Group PI Taman Seri Cahaya
Peserta : 22 Orang

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada komuniti tentang sebarang penyebaran atau perkongsian berita palsu adalah satu jenayah.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi mesej daripada kerajaan tentang bahayanya penyebaran berita palsu di kalangan rakyat.

 

Gambar di sini

Tarikh : 16 November 2020
Medium : Whatsapp Group PI Taman Seri Cahaya
Peserta : 22 Orang

 

Tujuan

Untuk menambah jumlah pengunjung ke Facebook Page Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Facebook banyak memberi maklumat-maklumat berguna  dan informasi terkini berkenaan Covid-19 untuk komuniti.

 

Aktiviti

Peserta didedahkan oleh petugas dengan objektif dan fungsi sebenar Pusat Internet kepada komuniti.

 

Gambar di sini

Tarikh : 20 November 2020
Masa : 12.45 Tengah Hari - 1.45 Petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Taman Seri Cahaya
Peserta : 2 Orang

 

Tujuan

Resume yang baik dapat menarik minat majikan ketika mencari pekerjaan. Resume yang berkualiti perlu ringkas dan padat dengan maklumat diri yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dan membantu peserta menggunakan kemudahan membuat resume secara dalam talian.

 

Gambar di sini

Tarikh : 19 November 2020
Masa : 11.31 Pagi - 12.31 Tengah Hari
Medium : Whatsapp Group PI Taman Seri Cahaya
Peserta : 15 Orang

 

Tujuan 

Sesi persekolahan yang terjejas memberi kesan yang besar kepada proses pembelajaran pelajar dari sekolah rendah sehingga pelajar IPT. Para ibu bapa perlu memantau dan membantu anak mereka dengan proses pembelajaran daripada rumah. Oleh itu, maklumat tambahan amat diperlukan oleh ibu bapa dan para pelajar.

 

Aktiviti

Petugas berkongsi maklumat tambahan dalam bentuk video daripada Astro Tutor Tv untuk murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

 

Gambar di sini

Tarikh : 15 November 2020
Masa : 11.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Taman Seri Cahaya
Peserta : 2 Orang

 

Tujuan

Bantuan Geran Khas Prihatin merupakan bantuan bagi membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) seluruh negara yang terjejas akibat daripada pandemik Covid-19. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negari Malaysia (LHDNM).

 

Aktiviti

Petugas membantu peniaga kecil yang memerlukan bantuan untuk memohon Geran Khas Prihatin di laman web rasmi LHDNM https://gkp.hasil.gov.my/ .

 

Gambar di sini