Tarikh | : 12 Oktober 2020 |
Masa | : 10.20 Pagi- 11.20 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Peserta |
Tujuan
Untuk menambah jumlah pengunjung ke page dan Facebook Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Page dan Facebook banyak memberi maklumat-maklumat berguna untuk komuniti.
Aktiviti
Peserta didedahkan oleh petugas dengan objektif dan fungsi sebenar Pusat Internet kepada komuniti.
Tarikh | : 10 Oktober 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang hak bersuara di Malaysia. Mereka mempunyai hak untuk bersuara namun mereka harus berhati-hati dan elakkan diri daripada penipuan.
Aktiviti
Peserta dan petugas Pusat Internet bersama membincangkan tentang kempen yang dijalankan oleh kerajaan bagi membendung berita palsu iaitu kempen kesedaran Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.
Tarikh | : 27 September 2020 |
Masa | : 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Peserta |
Tujuan
Untuk menambah jumlah peserta dan pengunjung di Pusat Internet Taman Sesi Cahaya, usaha-usaha untuk mempromosikan telah dijalankan oleh petugas. Hal ini dapat membuka mata ahli komuniti tentang fungsi pusat internet di kawasan mereka.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan fungsi dan objektif sebenar pusat internet untuk mereka. Mereka juga diperkenalkan dengan Portal Pusat Internet Taman Seri Cahaya untuk mengetahui informasi dan aktiviti yang dijalankan di sini.
Tarikh |
: 13 Oktober 2020 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Untuk membantu rakyat yang ekonominya terjejas akibat daripada pandemik Covid-19, kerajaan telah memberikan Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Penerima bantuan ini terbahagi kepada dua iaitu golongan B40 dan M40.
Aktiviti
Peserta yang dibantu oleh petugas menyemak kelayakan permohonannya di portal rasmi BPN di laman web https://bpn.hasil.gov.my/ .
Tarikh | : 27 September 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Kempen "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong" merupakan usaha kerajaan untuk membendung penyebaran maklumat palsu di media sosial. Hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak anda dengan lebih bertanggungjawab.
Aktiviti
Peserta dan petugas bersama-sama membincangkan objektif kerajaan untuk kempen ini untuk lebih memahami dan memberi impak yang lebih kepada peserta.