Tarikh | : 27 September 2020 |
Masa | : 2.00 Petang - 3.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Penyebaran maklumat palsu merupakan masalah yang sangat serius dikalangan rakyat Malaysia hari ini. Hal ini diburukkan lagi apabila maklumat yang tidak dikatahui kesahihannya tersebar dengan pantas dimedia sosial. Oleh itu, kesedaran tentang kesan buruk akibat daripada perkara ini sangat penting.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan kesan penyebaran maklumat palsu dimedia sosial dan perkara tersebut dibincangkan dengan petugas untuk pemahaman yang lebih.
Tarikh | : 27 September 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Bagi mengisi masa lapang kanak-kanak di sekitar Pusat Internet Taman Seri Cahaya, aktiviti ini telah dijalankan. Ianya bukan sahaja bermanfaat dan dapat menambah pengetahuan mereka, malahan dapat menghindari mereka daripada melakukan perkara tidak berfaedah.
Aktiviti
Peserta dikehendaki menonton saluran pendidikan khas dalam talian https://www.youtube.com/user/astrotutortv dan diberi penjelasan lebih lanjut daripada petugas.
Tarikh | : 25 September 2020 |
Masa | : 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas perlu mendaftar sebagai Pemilih SPR untuk melayakkan diri mereka supaya mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Akibat daripada Covid-19, SPR menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara dalam talian untuk mengelakkan jangkitan dan memudahkan orang ramai.
Aktiviti
Peserta mengisi borang dalam talian sebagai pemilih baharu di laman web https://www.spr.gov.my/ .
Tarikh | : 26 September 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Pertubuhan Keselamatan Sosoal ataupun PERKESO merupakan badan kerajaan yang menyediakan insurans pekerja di Malaysia. Selain itu, PERKESO juga menyediakan bantuan kewangan kepada pencarum yang hilang pekerjaan.
Aktiviti
Peserta mengisi butir-butir peribadi yang diperlukan untuk membuat permohonan pembayaran insurans menerusi laman web https://www.perkeso.gov.my/ .
Tarikh | : 19 September 2020 |
Masa | : 2.00 Petang -4.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini boleh membuat permohonan untuk ke tingkatan satu untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) secara dalam talian.
Aktiviti
Peserta dibantu oleh petugas untuk mengisi borang-borang untuk permohonan ke tingkatan satu.