Tarikh | : 12 September 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran menggunakan komputer untuk anak-anak komuniti di samping mengelakkan mereka menggunakan masa terluang dengan perkara yang tidak berfaedah.
Aktiviti
Petugas menyediakan soalan-soalan quiz dengan menggunakan laman web https://quizizz.com/ untuk peserta.
Tarikh | : 12 September 2020 |
Masa | : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 12 Orang |
Tujuan
Program Klik Dengan Bijak ini adalah program yang menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan internet secara positif dalam usaha kerajaan membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti
Peserta dan petugas membincangkan cara menggunakan internet secara positif dan kesannya terhadap diri, keluarga dan negara.
Tarikh | : 6 September 2020 |
Masa | : 11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 12 Orang |
Tujuan
Membasuh tangan adalah satu langkah penting yang boleh kita ambil untuk mengelakkan penyebaran penyakit khususnya wabak Covid-19. Oleh itu, setiap individu terutamanya kanak-kanak perlu diberi kesedaran tentang pentingnya membasuh tangan dengan betul.
Aktiviti
Petugas menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan mempraktikkan bersama peserta.
Tarikh | : 6 September 2020 |
Masa | : 2.30 Petang - 5.30 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 7 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan Prinsip Rukun Negara kepada kanak-kanak merupakan langkah yang penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab di masa akan datang. Setiap warganegara Malaysia perlu berpegang teguh dengan 5 Prinsip Rukun Negara.
Aktiviti
Petugas menerangkan maksud Rukun Negara dengan memberikan contoh yang mudah untuk difahami. Setiap peserta perlu membuat pembentangan menggunakan Microsoft Power Point untuk menyampaikan maksud rukun negara bagi diri mereka.
Tarikh | : 6 September 2020 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak terkecuali untuk dijangkiti Covid-19. Untuk menurunkan risiko jangkitan, penggunaan face mask adalah sangat penting khususnya ketika mereka berada di tempat-tempat awam seperti sekolah.
Aktiviti
Petugas menunjukkan cara yang betul dan selamat menggunakan, menyimpan dan membuang face mask.