Tarikh : 13 Oktober 2019
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Pengunjung : 6 orang

 

Tujuan :

Melatih penduduk khususnya kanak-kanak untuk melayari internet bagi tujuan pembelajaran. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menambah pengetahuan mereka, malah mengelakkan mereka menggunakan masa terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah. 

 

Aktiviti :

Memperkenal dan menggunakan laman web Coolmath dan Quizizz untuk menarik minat kanak-kanak. 

 

Gambar di sini

Tarikh : 6 Oktober 2019
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Pengunjung : 5 Orang

 

Tujuan :

Menarik minat kanak-kanak untuk membaca dan meningkatkan keupayaan mereka untuk mengeja dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu, masa terluang kanak-kanak terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan memberi manfaat kepada mereka secara percuma.

 

Aktiviti :

Menggunakan laman web Funbrain.com sebagai medium untuk menarik minat mereka membaca buku-buku cerita berbahasa Inggeris secara dalam talian. Kuiz pula diadakan dengan menggunakan aplikasi yang disediakan di Quizizz.com.

 

Gambar di sini

 

Tarikh : 28 September 2019
Masa : 9.00 Pagi -1.00 Petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Pengunjung : 2 Orang

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan untuk menarik minat kanak-kanak di dalam subjek Matematik, sekali gus meningkatkan lagi kebolehan mereka untuk melayari laman web yang berfaedah. Selain daripada itu, mereka juga dapat menajamkan kebolehan mereka untuk mengira dengan pantas.

 

Aktiviti

Menggunakan laman web Coolmath.com sebagai tempat untuk membuat latihan matematik. Laman web ini memperkenalkan pelbagai jenis permainan untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

 

Gambar di sini

Tarikh : 29 September 2019
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Pengunjung : 4 Orang

 

Tujuan

Menggunakan masa hujung minggu kanak-kanak yang merupakan penduduk setempat dengan aktiviti yang boleh membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai subjek matematik dan penggunaan komputer.

 

Aktiviti

Menggunakan laman web Quizizz.com untuk membuat kuiz matematik. Aktiviti ini dapat menjadikan mengira menjadi perkara yang menyeronokkan dikalangan kanak-kanak.

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh : 22 September 2019
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Taman Seri Cahaya
Pengunjung : 5 orang

 

Tujuan

Memperkenalkan kegunaan dan kelebihan Microsoft Office Words kepada kanak-kanak untuk menarik minat mereka belajar membaca dan menaip. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak menggunakan masa terluang di hujung minggu dengan aktiviti tidak berfaeddah.

 

Aktiviti

Belajar menaip perkataan dan meletakan gambar menggunakan Microsoft Office Words.

 

Gambar di sini