Status COVID-19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 20 April 2020.
Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Terdapat 36 kes baharu positif , jumlah yang terendah pernah dilaporkan.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.
Kluster ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan.
Sumber : MKN
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Statistik terkini kes positif di Malaysia mengikut negeri sehingga 12pm, 19 April 2020.
Negeri-negeri yang tiada kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Perlis, Kedah, P Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan WP Labuan.
Kes baharu tertinggi 37 di Melaka.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.55%.
Manakala negara Belgium mempunyai kadar peratusan antara yang tertinggi bagi kematian iaitu 14.67%
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Kes Kematian Baharu COVID-19 di Malaysia setakat 5 Petang, 19 April 2020 adalah seorang.
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah seramai 89 orang dengan kadar kematian di negara ini sebanyak 1.65%
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang