Klinik Kesihatan Bestari Jaya

Klinik Kesihatan Bestari Jaya, Lot 1867 Jalan Kampong, 45600 Bestari Jaya, Selangor.

Tel : 03-32719151

Faks : 03-32710170

 

 

 

      Menjalani kehidupan yang sihat adalah impian setiap penduduk supaya mereka menjadi lebih ceria dan bersemangat. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan di setiap kampung dan negeri bagi menjamin kesihatan setiap penduduknya. Di kawasan luar bandar, terdapat pusat-pusat kesihatan yang dikenali sebagai Klinik Desa atau Klinik Kesihatan.     

 

     Klinik Kesihatan Batang Berjuntai terletak di pekan Bestari Jaya. Klinik ini beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Rawatan di Klinik Kesihatan Batang Berjuntai dikenakan bayaran yang berpatutan iaitu RM1.00 seorang bagi pesakit luar.      

   

Selain itu, Klinik kesihatan juga turut menyediakan unit kecemasan selepas waktu pejabat iaitu kes-kes seperti kemalangan, keracunan dan masalah kesihatan yang lain. Unit ini sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan kecemasan yang mendatang. Klinik Kesihatan Batang Berjuntai juga memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada kanak-kanak dan ibu mengandung.