Pihak Polis Kontinjen Selangor ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa berita yang disiarkan oleh sebuah laman sesawang yang mendakwa Klang, Selangor sebagai bandar paling tidak selamat dan miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar atau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh laman sesawang tersebut kerana ianya tidak menggambarkan statistik dan fakta sebenar kejadian jenayah yang berlaku di daerah Klang, Selangor.
#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my
Untuk maklumat lanjut, sila layari :https://sebenarnya.my/penjelasan-berhubung-statistik-mengatakan-klang-sebagai-bandar-paling-tidak-selamat-di-asia-tenggara/