KPM tidak pernah mengeluarkan jadual yang bertajuk "Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang" seperti yang tular di media sosial. Tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut:
1. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959;
2. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran;
3. SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah;
4. SPI Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin;
5. SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid; dan
6. SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.
#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my
Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/penjelasan-tentang-jadual-yang-bertajuk-unit-disiplin-kpm-bentuk-bentuk-hukuman-yang-dilarang/