Pesakit telah meninggal dunia pada 12 Februari 2022. Punca sebenar kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru dan penyakit jantung sejak lahir (congenital heart disease) yang semakin tenat dan bukannya disebabkan dos penggalak vaksin COVID-19 seperti yang didakwa. Keadaan pesakit telah diterangkan kepada ahli keluarga pesakit dan mereka menerima penerangan mengenai punca kematian dengan baik.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/dakwaan-seorang-remaja-meninggal-dunia-akibat-dos-penggalak-adalah-tidak-benar/

 

 

Hasil siasatan pihak polis maklumat yang di viralkan adalah tidak benar, tiada sebarang kejadian rompakan atau pencerobohan berlaku atau di laporkan kepada pihak polis dan pihak polis Tapah tidak pernah mengeluarkan amaran mengenai kejadian ini. Hasil semakan juga mendapati Whatsapp ini pernah di viralkan pada tahun 2019.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/ipd-tapah-tidak-pernah-mengeluarkan-amaran-mengenai-sindiket-rompakan-bersenjata-yang-menyamar-dari-syarikat-air-atau-elektrik/

 

 

MCMC ingin menegaskan, pihaknya tidak pernah terlibat dalam mana-mana peraduan berkaitan pemberian hadiah saguhati membabitkan sebuah syarikat telekomunikasi.

Ingin dijelaskan, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan Suruhanjaya kelazimannya akan dilakkan mengikut saluran ramsi seperti laman sesawang ataupun menerusi platform media sosial Suruhanjaya dan bukannya menggunakan nama individu tertetu serta penggunaan bahasa yang meragukan.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/waspada-peraduan-yang-menggunakan-nama-mcmc-bagi-tuntutan-hadiah-kononnya-daripada-syarikat-komunikasi/