Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada kenyataan media PMO pada 28 Mei 2021 berkenaan dengan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Setelah mempertimbangkan keselamatan kakitangan PIK yang bertugas di seluruh negara serta penduduk setempat yang akan mengunjungi PIK, maka adalah diputuskan bahawa operasi PIK diseluruh negara akan ditutup sepanjang Fasa 1, 1 Jun hingga 14 Jun 2021.