Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini yang diberi gelaran Salar de Uyuni Malaysia dan merupakan tarikan terbaru yang terdapat di Kuala Selangor.

Siapa sangka 'Pulau Misteri' ini seolah-olah penemuan baru sebagai tempat pelancongan menarik di Kuala Selangor. Bagi peminat fotografi, anda tidak perlu lagi berhabis duit untuk melancong ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyuni.

Tempat ini terletak tidak jauh dari Kampung Sasaran, sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina di Kuala Selangor. Untuk datang ke sini, anda perlu menaiki bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.

Kadar harga bagi seorang untuk pergi ke Sky Mirror ialah RM80.

Sumber : Sky Mirror Malaysia

 

 

Selangor fruit valley adalah satu lagi daya tarikan terbaru yang dilancarkan di Negeri Selangor pada julai 2017 oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali.

Ia bertujuan untuk menggalakkan industri pelancongan Negeri Selangor dalam sektor pertanian. Lokasinya terletak di Batang Berjuntai yang kini di kenali sebagai Bestari Jaya.

Bagi yang meminati pertanian dan pecinta buah-buahan tempatan, anda kini boleh mengunjungi lembah buah-buahan di Negeri Selangor ini sebagai aktiviti hujung minggu anda.

 

 

 

D Tours Kuala Selangor Sdn Bhd

Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
+60 19-263 9123
Tiket : dewasa RM25 / kanak-kanak RM15
 
 

 

Taman Alam Kuala Selangor merupakan syurga bagi pelbagai jenis flora dan fauna, Taman Alam Kuala Selangor terdiri daripada lebih 200 hektar tanah pantai di mana sebahagian besar daripadanya adalah kawasan paya bakau. 

 

 

Tiket :-

Kanak-kanak : RM1 (17tahun ke bawah)

Dewasa : RM4

Warga emas : RM2 (60tahun ke atas)

Waktu urusniaga :-

9 pagi - 6 petang

Alamat :-

Taman Alam Kuala Sleangor, Jalan Klinik Kuala Selangor, 45000 Kuala Slengor, Selangor.

Phone :-

03-3289 2294

 

 

 

     Kelip-kelip di Kampung Kuantan merupakan antara daya tarikan yang terdapat di Bestari Jaya. Terletak kira-kira sembilan kilometer dari pekan Kuala Selangor dan mengambil masa selama 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan. Pengembaraan kawasan kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970, oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat kawasan kelip-kelip ini berpotensi untuk dikomersialkan.

      Kampung Kuantan kini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor untuk memperkenalkan Kampung Kuantan sebagai pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Pelancong boleh memerhatikan kelip-kelip dari dalam sampan yang boleh disewa dengan harga RM40.00 atau pelancong boleh berjalan kaki sambil melihat keindahan kelip-kelip tersebut. Sebuah teater pandang dengar juga akan dibina di Kampung Kuantan bagi menayangkan kitaran hidup kelip-kelip kepada pengunjung yang berkunjung ke situ.

 

 

 

Bukit Malawati Kuala Selangor

 

 

 

 

Klik di sini untuk melihat apa yang menarik di Bukit Malawati.