Bestari Jaya atau dahulunya dikenali sebagai Batang Berjuntai merupakan salah satu mukim dalam Daerah Kuala Selangor. Bestari Jaya terletak lebih kurang 55 kilometer ke arah kuala Lumpur, 30 kilometer daripada pekan Rawang dan 20 kilometer dari pekan Kuala Selangor. Jalan Raya merupakan perhubungan utama bagi penduduk di sekitar Bestari Jaya untuk keluar ke pekan atau bandar sekitarnya.

 

Jika dahulu kehidupan di sini agak tenang, namun dengan pembinaan Universiti Industri Selangor (UNISEL), Mukim Bestari Jaya mengalami perubahan yang begitu ketara. Ibaratnya, sebut sahaja UNISEL, maka orang akan membayangkan Bestari Jaya. UNISEL kini menjadi identiti kepada pengunjung yang datang ke Bestari Jaya, malahan institusi ini juga menjadi salah satu lokasi untuk drama Dunia Baru.

 

UNISEL telah didirikan di kawasan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai Taman Pendidikan Selangor. Malahan, kerajaan Selangor turut membuat perancangan untuk mewujudkan Bandar Ilmu Derah Kuala Selangor pada 2011.