Tarikh : 19 Oktober 2024
Masa : 9.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Pertandingan Mobile Legend BangBang peringkat Negeri Selangor yang diadakan di setiap NADI di negeri Selangor. 

 

Aktiviti

Peserta NADI Taman Seri Cahaya membuka tirai pertandingan di pusingan yang pertama dan kemudian mendapat kemenangan 2-1.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 28 September 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada asas keselamatan siber dan kepentingan melindungi maklumat peribadi di dunia digital. Peserta akan diberi kesedaran tentang risiko seperti penggodaman, kecurian identiti, dan penipuan dalam talian yang boleh berlaku jika kata laluan tidak kukuh atau mudah diteka. Secara keseluruhannya, kelas advokasi diadakan untuk memberi peserta ilmu dan kemahiran praktikal yang penting dalam memastikan keselamatan akaun dalam talian mereka terjaga dan terhindar daripada ancaman siber.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta berkaitan dengan keselamatan siber secara digital dengan menunjukkan video animasi pendek supaya mudah untuk difahami.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 15 September 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir kritikal dan penyelesaian masalah. Selain itu dapat mengurangkan tekanan dalam pembelajaran. Kelas ini dirangka untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan relevan, sekaligus membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih baik dan bersedia menggunakannya dalam kehidupan seharian.

 

Aktiviti

Peserta diarahkan untuk menjawab soalan teka teki digital secara bergilir-gilir sehingga masa tamat.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 21 September 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi pelajar pemahaman asas tentang apa itu magnet, jenis-jenis magnet, dan bagaimana magnet berfungsi. Pelajar akan belajar tentang sifat-sifat penting magnet seperti daya tarik dan daya tolak, kutub utara dan kutub selatan, serta bagaimana medan magnet terbentuk. Secara keseluruhannya, kelas "Kenali Sifat Magnet" bertujuan untuk memberi pelajar pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna dalam bidang sains, khususnya dalam memahami konsep magnet dan penggunaannya.

 

Aktiviti

Petugas menyediakan video pembelajaran yang mudah difahami untuk peserta belajar tajuk yang baharu.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 17 Ogos 2024
Masa : 12.00 PM - 1.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 4 Orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip menggunakan Microsoft Words berkaitan dengan lagu kemerdekaan.

 

Aktiviti

Peserta menaip beberapa rangkap lagu kemerdekaan untuk di Microsoft Words.

 

Gambar Di Sini