Tarikh | : 27 September 2020 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Kempen "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong" merupakan usaha kerajaan untuk membendung penyebaran maklumat palsu di media sosial. Hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak anda dengan lebih bertanggungjawab.
Aktiviti
Peserta dan petugas bersama-sama membincangkan objektif kerajaan untuk kempen ini untuk lebih memahami dan memberi impak yang lebih kepada peserta.