Tarikh : 6 Oktober 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Memberikan pelajar kefahaman tentang apa itu penyerapan air. Selain itu, menerangkan faktor yang mempengaruhi kadar penyerapan, seperti jenis bahan, porositi, dan ketumpatan. Seterusnya, membincangkan pentingnya pemuliharaan air dan bagaimana bahan penyerap air digunakan untuk menguruskan sumber air dengan lebih baik.

 

Aktiviti

Peserta diberi ilmu tentang penyerapan air melalui video di youtube yang mudah untuk difahami.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 5 Oktober 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Tujuan kelas adalah untuk memantapkan lagi penguasaan serta penggunaan Microsoft Words dikalangan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diberikan tunjuk ajar berkaitan dengan penaipan dan memasukkan gambar.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar dengan memberikan contoh di slide kemudian peserta mengikuti apa yang dipelajari.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 28 September 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada asas keselamatan siber dan kepentingan melindungi maklumat peribadi di dunia digital. Peserta akan diberi kesedaran tentang risiko seperti penggodaman, kecurian identiti, dan penipuan dalam talian yang boleh berlaku jika kata laluan tidak kukuh atau mudah diteka. Secara keseluruhannya, kelas advokasi diadakan untuk memberi peserta ilmu dan kemahiran praktikal yang penting dalam memastikan keselamatan akaun dalam talian mereka terjaga dan terhindar daripada ancaman siber.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta berkaitan dengan keselamatan siber secara digital dengan menunjukkan video animasi pendek supaya mudah untuk difahami.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 19 Oktober 2024
Masa : 9.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 6 Orang

 

Tujuan

Pertandingan Mobile Legend BangBang peringkat Negeri Selangor yang diadakan di setiap NADI di negeri Selangor. 

 

Aktiviti

Peserta NADI Taman Seri Cahaya membuka tirai pertandingan di pusingan yang pertama dan kemudian mendapat kemenangan 2-1.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 21 September 2024
Masa : 10.00 AM - 12.00 PM
Tempat : NADI Taman Seri Cahaya
Peserta : 5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi pelajar pemahaman asas tentang apa itu magnet, jenis-jenis magnet, dan bagaimana magnet berfungsi. Pelajar akan belajar tentang sifat-sifat penting magnet seperti daya tarik dan daya tolak, kutub utara dan kutub selatan, serta bagaimana medan magnet terbentuk. Secara keseluruhannya, kelas "Kenali Sifat Magnet" bertujuan untuk memberi pelajar pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna dalam bidang sains, khususnya dalam memahami konsep magnet dan penggunaannya.

 

Aktiviti

Petugas menyediakan video pembelajaran yang mudah difahami untuk peserta belajar tajuk yang baharu.

 

Gambar Di Sini