Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.

Kluster ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan.

Sumber : MKN

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang