Hari ini Mukim Kuang dalam Daerah Gombak pula telah mencatatkan perubahan positif di mana taraf Zon Kuning telah ditambah baik kepada Zon Hijau. Instrumen pencegahan iaitu penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan diri telah membuktikan keupayaannya menghalang rebakan wabak.
Daerah Petaling pula mempunyai potensi paling hampir untuk menjadi Daerah Zon Hijau seterusnya. Patuh PKP dan saling berpesan antara satu sama lain merupakan 'vaksin' terbaik untuk 'kesihatan kawasan' anda.
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
Sumber : Selangor Task Force Covid-19
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang