Jumlah kes positif baharu pada 2 Mei 2020 adalah sebanyak 105 kes. ( 11 kes import)
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 116 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,326 kes

Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,747 orang . Seramai 31 orang daripada di rawat di ICU (12 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kematian baharu.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita KEKAL 103 kes.

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan amalan dan langkah pencegahan COVID-19.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang