Jumlah kes positif baharu pada 4 Mei 2020 adalah sebanyak 55 kes. ( 7 kes import)
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes.
Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 71 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,484 kes
Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,764 orang . Seramai 28 orang daripada di rawat di ICU (13 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).
Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kematian baharu.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita KEKAL 105 kes.
KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang