Jumlah kes positif baharu pada 7 Mei 2020 adalah sebanyak 39 kes.

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 74 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,776 kes

Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,584 orang . Seramai 19 orang daripadanya di rawat di ICU (8 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kematian baharu.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita kekal sebanyak 107 kes.

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang