Tiada perubahan ketara bagi kesemua status mukim dan daerah pada hari ini. Hanya jumlah kes aktif hari ini berkurangan daripada semalam kepada 221 kes manakala 6 orang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) di Selangor adalah sekadar kelonggaran untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan setiap warga Selangor masih perlu mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan memakai penutup muka dan hidung sepanjang tempoh ini. Setiap warga Selangor masih lagi tertakluk kepada undang-undang yang sedang terlaksana pada tempoh ini.
Sumber : Selangor Task Force Covid-19
#dududkrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang