Tiada perubahan ketara untuk taburan data kes aktif bagi seluruh daerah dan mukim Selangor. Perubahan cuma dicatatkan untuk Mukim Ampang yang telah bersih dari kes aktif menjadikan statusnya bertambah baik ke Zon Hijau. Bagi Mukim Ampang Pecah, terdapat kes aktif baru yang direkodkan menjadikannya berubah status kepada Zon Kuning.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) masih berlanjutan sehinggalah dimaklumkan sebaliknya. Maka warga Selangor masih tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Jangan leka untuk menjaga penjarakkan sosial dan kebersihan, pakai face mask dan juga gunakan SELangkah apabila memasuki premis.
Sumber : Selangor Task Force Covid-19
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang