Kepentingan ekonomi memang tidak boleh dinafikan terutamanya dalam situasi masyarakat yang agak terdesak dengan bebanan kos hidup.

Namun Selangor juga perlu memastikan keseimbangan pembukaan sektor ekonomi dan keselamatan kesihatan berada pada tahap yang sama. Kekemasan serta kelancaran sistem keselamatan kesihatan sangat penting bagi menghadapi ancaman wabak COVID-19 yang semestinya melibatkan SOP (Standard Operating Procedures) yang praktikal, pelaksanaan yang berkesan dan pemahaman yang tinggi di kalangan rakyat.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) bukanlah sekadar satu strategi pembukaan ekonomi malah ia memastikan kesinambungan aktiviti ekonomi pada jangkamasa panjang.

Sumber : Selangor Task Force Covid-19

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang