Bagaimana mahu menguruskan orang yang masuk ke premis?
Pemilik/pengurus premis harus memastikan pengurusan pelanggan atau pengunjung yang masuk ke premis dengan betul. Bagi memastikan pengurusan yang betul, anda boleh ingat akronim 3S (Sanitize - Suhu - Scan).
Perkara pertama yang anda mesti lakukan adalah sediakan 'sanitizer' dan pastikan pelanggan/pengunjung 'sanitize' tangan mereka. Kemudian, baru imbas suhu mereka dan pastikan bacaan suhu tidak melebihi 37.5°C untuk masuk. Sekiranya bacaan suhu mereka adalah 37.5°C ataupun lebih tinggi, jangan benarkan mereka masuk dan minta mereka dapatkan rawatan dulu.
Bagi pelanggan/pengunjung yang bacaan suhunya baik, minta mereka untuk imbas kod QR menggunakan Google Lens bagi Android dan kamera bagi iOS supaya pendaftaran masuk-keluar SELangkah dapat dibuat. Langkah ini adalah SOP (Standard Operating Procedure) yang ditetapkan oleh kerajaan dan perlu dipatuhi. Hanya nombor telefon dan masa anda saja direkod, data peribadi tetap menjadi rahsia.
Sumber : STFC
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang