3 mukim Zon Hijau mencatatkan kes aktif baru iaitu Dengkil, Sepang dan Hulu Kelang yang menjadikan statusnya kembali semula ke Zon Kuning.
Laporan trafik menunjukkan percubaan ramai warganegara yang cuba merentas negeri untuk pulang beraya di kampung. Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab dan mampu membuatkan pengorbanan warganegara yang berdisplin itu menjadi sia-sia saja.
Mohon untuk saling berpesan supaya menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Jangan pentingkan diri sendiri serta berfikiran singkat yang natijahnya boleh melumpuhkan negara semula pada masa hadapan.
Sumber : STFC
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang