Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19.
Kes kematian ke-117 (kes ke-2296) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke1508. Beliau mempunyai gejala bermula pada 18 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19.Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Jun 2020 jam 2.05 petang.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang