Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes (1.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

• Kes kematian ke-121 (kes ke-7468) merupakan lelaki warganegara India (orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil. Beliau berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan telah segera dibawa ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Jun 2020. Saringan ujian COVID-19 didapati positif dan keputusan penuh bedah siasat masih dalam proses.

Sumber : KKM

#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang