Berita baik! Kes sembuh yang tinggi menjadikan mukim Semenyih bertambah baik ke Zon Kuning dan mukim Cheras pula bersih dari kes aktif untuk menjadi Zon Hijau. Ini sekaligus mengeluarkan daerah Hulu Langat dari Zon Merah ke Zon Kuning.
Dengan perkembangan positif ini, daerah Selangor kini kembali bebas dari Zon Merah sejak kali terakhir iaitu 23 hari lepas.
Tahniah warga Selangor!
Patuhi norma baru dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Jangan bagi ruang COVID-19 untuk merebak semula, kita mesti menang!
Sumber : STFC
#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang