Belum cukup seminggu, kini tiada semula daerah Zon Hijau di Selangor setelah Hulu Selangor mempunyai 1 kes aktif baru di mukim Kerling. Sebanyak 3 mukim Zon Hijau juga mempunyai kes aktif baru yang menjadikannya Zon Kuning iaitu mukim Tanjong Karang, Kapar dan Kerling.
Pastikan anda sentiasa mengamalkan tahap disiplin tertinggi dalam mematuhi norma baru serta SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri. Ketidakpatuhan akan meninggikan risiko perebakan jangkitan COVID-19.
Sumber : STFC
#kawalankendiri #kitajagakita #kitamestimenang