Green Vision Sdn Bhd merupakan syarikat yang diusahakan oleh penduduk Kampung Bestari Jaya. Syarikat ini diterajui oleh Mohd Fadzil Ibrahim yang dibantu oleh anak beliau iaitu Omar Fadzil. Seluas kira-kira 60 hektar tanah yang disewa oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor untuk dibangunkan menjadi pusat ternakan ikan keli.

Terdapat 240 buah kolam yang memuatkan hampir 10, 000 ekor ikan keli mengikut peringkat umur.Proses penjagaan ikan keli sangat mudah. Ikan-ikan diberi makan pagi dan petang dengan diberikan palet yang diperoleh di kilang di Lumut, Perak. Terdapat dua orang pekerja yang menjaga kolam ikan keli ini. Ikan keli ini dibekalkan kepada pengusaha restoran sekitar Selangor.

Selain itu, ikan keli turut mendapat permintaan yang meluas di Terengganu. Di Terengganu, ikan keli dijadikan keli sardin yang begitu popular di sana. Ikan-ikan keli dijual sekitar RM3.50 sekilo bagi ikan keli yang berumur tiga bulan ke atas.Green Vision Sdn Bhd juga mengambil pelajar yang ingin membuat latihan industri tentang perikanan dan penternakan di sini. Kebanyakan pelajar yang diambil untuk latihan industri adalah pelajar khususnya dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Green Vision Sdn Bhd mendapat pembiayaan dan bimbingan dari Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Malaysia.

 

sumber : http://greenvisionaqua.blogspot.my