USAHAWAN KECIL , BROWNIES DAN KEK BATIK

Nama    : Nor Atikah Binti Alkabar

Umur    : 28 Tahun

Ahli       : 2017

 

Latar belakang

Puan Atikah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau merupakan isteri kepada Mohd Idham bin Ismail dan juga memiliki sepasang anak kembar. Beliau sangat meminati manisan seperti brownies dan kek batik. Pada awalnya beliau hanya menjual kepada rakan terdekat tetapi melihat kepada sambutan yang menggalakkan beliau mula menjual secara serius dan mengambil tempahan dengan lebih banyak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum memasarkan produknya menggunakan medium facebook beliau hanya menerima tempahan melalui rakan-rakan rapat. Walaupun tempahannya banyak tetapi beliau merasakan beliau mesti melakukan sesuatu agar produknya lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang. Beliau telah didedahkan dengan promosi melalui facebook dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

 

setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, beliau telah menerima banyak tempahan dari sebelumnya. Beliau memberitahu testimoni yang dimuatnaik ke dalam media sosial dapat menarik lebih pelanggan. Kini beliau telah menambah produk lain dalam perniagaan beliau iaitu mini brownies yang lebih murah dan mampu di nikmati oleh semua golongan. Didoakan semoga beliau lebih maju dalam perniagaannya.

 22090002 1736170826413653 5357264065088109405 n