Nama : Ammar Luthfi Bin Ahmad Khairumuzamil
Umur : 11 Tahun
Tahun Keahlian : 2019

 

Latar belakang

Ammar Luthfi merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan sangat berminat untuk mempelajari ilmu baru. Pelajar Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya ini merupakan ahli aktif PEDi Taman Seri Cahaya. Kekangan masa ibu bapanya yang sibuk bekerja diisi dengan menghadiri program-program yang dilaksanakan di sini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas –kelas di PEDi Taman Seri Cahaya, kemahirannya dalam menggunakan komputer dan melayari internet adalah terhad. Beliau tidak mahir untuk menaip, apatah lagi melayari internet dengan sihat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti kelas dan latihan di PEDi, beliau kini boleh menaip dan pandai melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam proses pembelajaran. Ammar juga telah berjaya menghasilkan kad ucapan dan kad jemputan untuk sambutan hari lahirnya.