Nama : Ameer Luqman Bin Ahmad Khairumuzamil
Umur : 10 Tahun
Tahun Keahlian : 2019

 

Latar Belakang

Ameer Luqman merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan sentiasa suka untuk mencuba benda yang baharu. Ameer Luqman merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya dan merupakan ahli aktif NADI Taman Seri Cahaya. Kekangan masa ibu bapanya yang sibuk bekerja diisi dengan menghadiri program-program yang dilaksanakan di sini.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Sebelum mengikuti kelas – kelas di NADI Taman Seri Cahaya, kemahirannya menggunakan komputer adalah sangat terhad dan beliau tidak mahir untuk menaip dan juga melayari internet.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas dan latihan di NADI, beliau kini boleh menaip dan pandai melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam proses pembelajaran. Selain itu, Ameer juga boleh berkomunikasi dengan baik bersama peserta yang lain.