Nama Kirthika A/P Gobalakrishnan
Umur 9 Tahun
Tahun Keahlian 2023

 

Latar Belakang

Krithika merupakan seorang kanak-kanak yang periang dan rajin. Beliau merupakan ahli aktif NADI Taman Seri Cahaya dan sentiasa rajin hadir ke program yang diadakan di NADI untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan ICT.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Sebelum mengikuti kelas – kelas di NADI Taman Seri Cahaya, kemahirannya menggunakan komputer adalah sangat terhad dan beliau tidak mahir untuk menggunakan perisian komputer dan menaip.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas dan latihan di NADI, beliau kini boleh menggunakan perisian asas komputer, menaip serta melayari internet. Selain itu, Krithika juga mahir menggunakan aplikasi secara digital.