USAHAWAN PRODUK KEKABU

 Nama     : Nurazila Binti Mohd Jami

Umur       : 31 tahun

Ahli          : 2019

 

Latar belakang

Puan Zila merupakan surirumah yang berjinak-jinak dengan perniagaan produk kekabu dalam talian secara kecil-kecilan untuk membantu suaminya menambahkan lagi pendapatan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kurangnya promosi kerana tidak mempunyai ilmu dan kurang keyakinan untuk mengetengahkan produk beliau. Perniagaan beliau kurang mendapat sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Berjaya mempromosikan produk beliau dengan menggunakan Facebook sebagai pentas untuk pengiklanan. Teknik untuk menarik minat pelanggan semakin bertambah, sekali gus meningkatkan hasil perniagaannya.