Nama : Salini A/P Selvaenthiran
Umur : 11 Tahun 
Tahun Keahlian : 2017

 

Latar Belakang

Salini merupakan salah seorang daripada komuniti kecil yang menetap berdekatan Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya yang berdedikasi. Beliau sering ditemani oleh ibunya untuk datang ke pusat internet. Salini juga merupakan salah seorang pengguna aktif dan sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Salini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kemudahan internet untuk menyiapkan tugasan daripada sekolah dan mencari maklumat. Dia juga kurang mahir untuk menggunakan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Dengan melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet Taman Seri Cahaya, Salini semakin mahir dan cekap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan daripada sekolah. Selain itu, dia juga dapat mengakses maklumat dan info dengan mudah seperti Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS) yang membolehkan ibu dan bapanya memantau prestasinya di sekolah.