USAHAWANAN KUIH TRADISIONAL MASYARAKAT JAWA

 

Nama : Puan Noorizan Binti Helmi
Umur : 28 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Puan Noorizan merupakan seorang suri rumah yang bercita-cita besar untuk meningkatkan ekonomi keluarganya. Beliau menggunakan kemahirannya dalam pembuatan kuih tradisional masyarakat jawa dan menjadikan Facebook dan Instagram sebagai pentas untuk berniaga secara kecil-kecilan.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan dengan Pusat Internet

Perniagaan beliau tidak dapat dikembangkan dan kurang mendapat sambutan, malah teknik promosi yang digunaka adalah terhad.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Dengan adanya media social seperti Facebook dan Instagram, produk beliau dapat dipromosikan secara percuma. Pelanggan semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin berkembang ke daerah-daerah lain seperti Tanjung Karang, Sekinchan dan Klang.