Nama : Muhhammad Afiq Danial Bin Rosli
Umur : 12 Tahun 
Tahun Keahlian : 2019

 

Latar belakang

Muhammad Afiq merupakan salah seorang ahli aktif Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Beliau yang merupakan pelajar sekolah rendah sering menggunakan kemudahan yang disediakan di sini untuk menyelesaikan tugasannya. Lokasi Pusat Internet yang hampir dengan rumahnya memudahkan beliau untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Taman Seri Cahaya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum Muhammad Afiq menjadi ahli aktif Pusat Internet, kemahirannya menggunakan komputer sangat terhad. Beliau juga berdepan kesulitan untuk mendapatkan kemudahan internet dan cetakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Muhammad Afiq sering mengikuti kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan setelah terlibat dengan Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Hasilnya, kemahirannya menggunakan komputer semakin meningkat sehingga mampu membantu rakan-rakannya yang lain.