Nama : Azuraini Binti Dahalan
Umur : 34 Tahun
Tahun Keahlian : 2010

 

Latar belakang

Puan Azuraini merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan sampingan secara kecil-kecilan diatas talian dengan membuat tempahan kek, sambal petai,serta menjadi ejen menjual pekasam daging, keropok kering ikan tamban. Kemahiran itu digunakan sebaik mungkin dengan berniaga secara kecil-kecilan secara dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Perniagaan beliau kurang mendapat sambutan, kerana produk-produk yang dijual tidak di promosikan dengan cara yang betul dan meluas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pusat Internet menubuhkan Whatsapp group di mana penjualseperti beliau boleh mempromosikan produk mereka dengan percuma dan dengan adanya media sosial seperti Whatsapp group, produk beliau dapat dipromosikan kepada pegunjung pusat internet. Pelanggan semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin maju.