Nama : Nor Nazarina Binti Jaafar
Umur : 38 Tahun
Tahun Keahliaan : 2018

 

Latar belakang

Puan Nazarina merupakan ahli Pusat Internet Taman Seri Cahaya yang aktif. Beliau dan keluarga sering melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan di sini. Seorang suri rumah yang ringan tulang dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dengan pusat internet, pelanggannya hanyalah jiran-jiran. Tiada sebarang promosi dan keuntungan untuk perniagaannya tidak memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Dengan adanya media sosial seperti Whatsapp Puan Nazarina dapat mempromosikan produk beliau dengan bantuan dan latihan daripada petugas Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Pusat Internet Taman Seri Cahaya telah menubuhkan Whatsapp Group bagi membantu Puan Nazarina mempromosikan barangan beliau. Keuntungannya semakin bertambah dan barangan yang dijual semakin dikenali.