Usahawan kecil, Pengedar Jamu Ratu Malaya

 

Nama    : Puan Sharina binti Alias

Umur     : 31 Tahun

Ahli        : 2017

 

Latar belakang

 

Puan Sharina merupakan seorang surirumah. Beliau mula menceburkan diri untuk menjadi pengedar produk Jamu Ratu Malaya setelah suaminya disahkan mengidap penyakit kegagalan fungsi kedua belah buah pinggang. Suami beliau tidak mampu untuk bekerja seperti dahulu kerana perlu didialisis tiga kali seminggu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Beliau sering mengunakan perkhidmatan internet di Pi1M sementara menunggu suami beliau didialisis di pusat dialisis yang memakan masa lebih kurang empat jam. Petugas PI1M menemuramah beliau dan mengajak beliau untuk mengikuti kelas Latihan Keusahawan di Pi1M. Beliau setuju dan memasukkan produk-produk beliau untuk diiklankan di dalam aplikasi dashboard Myshop. Sebelum ini beliau hanya menjual produk kepada sahabat, saudara mara dan kenalan di kampung sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengiklankan produk di Myshop beliau dapat meluaskan promosi dan penjualan produk beliau meningkat. Dahulu  beliau hanya mampu menjual tiga atau lima produk sahaja sebulan kini beliau mampu menjual lebih daripada 10 produk sebulan.