Adalah ditegaskan bahawa 'Skala Gred SPM' yang sedang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM. 'Skala Gred SPM' tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

 

#BeritaPalsu

#KlikDenganBijak

#TidakPastiJanganKongsi

#Sebenarnya.my

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/penjelasan-skala-gred-spm-yang-tular-di-media-sosial/