Hasil semakan mendapati, sebaran maklumat tersebut telah mula tular pada tahun 2014 dan ditularkan semula akhir-akhir ini oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. PDRM mengesahkan tiada sebarang laporan polis berkaitan kejadian samun yang menggunakan modus operandi sedemikian.
Orang ramai dinasihat untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya. Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat.
#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my
Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/penjelasan-dakwaan-kes-samun-menggunakan-pisau-yang-disembunyikan-disebalik-kad-nama/