KPM telah membuat siasatan ke atas gambar yang tular di media sosial dan mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di negeri Pahang.

KPM ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saringan ujian COVID-19 di semua sekolah bawah KPM perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja. Penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November 2021.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/penjelasan-guru-menjalankan-ujian-calitan-hidung-nasal-swab-di-sebuah-sekolah-di-pahang/