MCMC ingin mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan mendakwa orang yang dihubunginya telah melakukan kesalahan. Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak tidak dikenali. Pada masa yang sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan.

#BeritaPalsu
#KlikDenganBijak
#TidakPastiJanganKongsi
#Sebenarnya.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://sebenarnya.my/waspada-dengan-panggilan-telefon-individu-menyamar-sebagai-pegawai-mcmc/