LATAR BELAKANG DAERAH KUALA SELANGOR


Daerah Kuala Selangor terdiri daripada sembilan (9) Mukim dengan keluasan 119, 452.46 hektar ( 295178.97 ekar) atau 1,194.55 km persegi.
 
 
 
Kaum Melayu kebanyakannya tinggal di kampung-kampung tradisional Melayu dan sedikit di pekan-pekan.
Pekerjaan utama mereka adalah petani, nelayan, bekerja di kilang-kilang swasta dan juga kerajaan. Kaum Cina pula tinggal di pekan, bagan dan kampung-kampung baru. Kebanyakan dari mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan peniaga. Kaum India pula tinggal di ladang kelapa sawit/getah dan bekerja sebagai pekerja ladang. Kebanyakan penduduk di daerah ini masih lagi bergantung kepada sektor pertanian sebagai mata pencarian utama mereka.
 
 
 
MAKLUMAT PENDUDUK 
 
 
                                 BILANGAN PENDUDUK 
 
 

BIL

MUKIM

BILANGAN PENDUDUK

   

LELAKI SAHAJA

PEREMPUAN SAHAJA

JUMLAH KESELURUHAN

BIL ISI RUMAH

1.

Ulu Tinggi

235

211

446

96

2.

Tanjong Karang

19,100

18,879

37,979

7,894

3.

Bestari Jaya

10,358

10,028

20,386

4,145

4.

Ujong Permatang

4,682

4,609

9,291

1,856

5.

Pasangan

4,859

4,794

9,653

1,930

6.

Kuala Selangor

5,222

5,126

10,348

2,079

7.

Api-Api

10,259

9,849

20,108

4,096

8.

Ijok

8,269

7,893

16,162

3,303

9.

Jeram

19,093

17,702

36,795

7,056

Jumlah Keseluruhan

82,077

79,091

161,168

32,455

 
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 2019
 
 
 
  
 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua...
Kami ada bawakan berita baik untuk anda. Kami ingin mencari usahawan yang berminat untuk dibimbing bagi membuat jualan didalam platform Shopee/ Lazada dengan menggunakan akaun Shopee/ Lazada anda sendiri. Jangan risau kami petugas akan membantu anda jika anda tidak tahu caranya.
Sertai Pertandingan Usahawan Baru Online dan bengkel keusahawanan kami. Hadiah lumayan Untuk Anda...
Terma dan syarat adalah seperti dibawah:
1. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
2. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
3. Berumur 18 tahun dan ke atas
4. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah Jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.


Tarikh untuk mendaftar : 15 Julai sehingga 20 Julai 2020

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi :

Pengurus (Saiful)
0172812386
Penolong Pengurus (Hanis)
0123225689

 

 

Bestari Jaya atau dahulunya dikenali sebagai Batang Berjuntai merupakan salah satu mukim dalam Daerah Kuala Selangor. Bestari Jaya terletak lebih kurang 55 kilometer ke arah kuala Lumpur, 30 kilometer daripada pekan Rawang dan 20 kilometer dari pekan Kuala Selangor. Jalan Raya merupakan perhubungan utama bagi penduduk di sekitar Bestari Jaya untuk keluar ke pekan atau bandar sekitarnya.

 

Jika dahulu kehidupan di sini agak tenang, namun dengan pembinaan Universiti Industri Selangor (UNISEL), Mukim Bestari Jaya mengalami perubahan yang begitu ketara. Ibaratnya, sebut sahaja UNISEL, maka orang akan membayangkan Bestari Jaya. UNISEL kini menjadi identiti kepada pengunjung yang datang ke Bestari Jaya, malahan institusi ini juga menjadi salah satu lokasi untuk drama Dunia Baru.

 

UNISEL telah didirikan di kawasan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai Taman Pendidikan Selangor. Malahan, kerajaan Selangor turut membuat perancangan untuk mewujudkan Bandar Ilmu Derah Kuala Selangor pada 2011.