SELAMAT DATANG

KE PORTAL PUSAT EKONOMI DIGITAL

TAMAN SERI CAHAYA

‘Gerbang Informasi, Dunia IT Anda’

 

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Cahaya, Selangor ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Sebanyak 12 PEDi untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

PEDi Taman Seri Cahaya ini telah beroperasi pada November 2009 dimana sebelum ini lokasinya terletak di Kg Bestari Jaya dan telah berpindah ke Taman Seri Cahaya pada awal 2017, ia ditubuhkan khusus untuk memberi ruang dan peluang kepada komuniti luar bandar mempelajari segala bentuk ilmu berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dalam proses menuju kepada warga celik IT. Hal ini sejajar dengan objektif program untuk menyediakan perkhidmatan, infrastruktur, komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar.