Tarikh | : 14 Januari 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 1 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan |
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta membuat resume bagi persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan. Selain itu, peserta juga diberikan beberapa tips sekiranya dipanggil untuk temuduga. |
Aktiviti |
Peserta di ajar cara-cara membuat resume ringkas menggunakan perisian Microsoft Word. Sebelum itu, peserta didedahkan dengan maklumat-maklumat yang perlu dan tidak perlu dimasukkan ke dalam resume tersebut. Peserta juga didedahkan dengan beberapa contoh resume yang boleh dijadikan contoh melalui carian Google |
Gambar Disini |
Tarikh | : 13 Januari 2019 |
Masa | : 02.00 petang - 06.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan |
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta mengenali dan meningkatkan kemahiran keusahawanan secara atas talian. |
Aktiviti |
Para peserta di ajar berkenaan ilmu, kemahiran yang berkaitan dengan keusahawanan seperti kaedah dan strategi pemasaran online dan lain-lain. Aktiviti lain ialah Klik dengan Bijak dimana peserta didedahkan dengan perkara dan maklumat yang tidak perlu dikongsi di dalam akaun media sosial. |
Tarikh | : 16 Disember 2018 |
Masa | : 08.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : Bilik latihan , Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 78 orang |
Tujuan | |
Program ini diadakan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Selain itu, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Malah, dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. | |
Aktiviti | |
Semua peserta yang hadir adalah dari kalangan kawasan setempat. Mereka mengikuti semua aktiviti yang dilakukan. Seperti senamrobik untuk semua peserta dari tadika hinggalah warga emas. Kemudian, mewarna online untuk peserta prasekolah. larian 1000 langkah untuk semua peserta yang hadir. Hadiah diberi mengikut kategori. Selain itu, pihak PI juga membuat pertandingan membuat poster online untuk peserta kaum ibu dan kuiz kesihatan untuk dewasa dan warga emas. Akhir sekali aktiviti cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana. | |
Tarikh | : 22 Disember 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 tengahari |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan |
Kelas ini disertai oleh seorang penduduk tempatan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing peserta dalam mengisi borang MyEG secara atas talian. |
Aktiviti |
Peserta terdiri daripada penduduk setempat. Petugas membantu membuka website MyEG dan seterusnya menunjukkan langkah-langkah untuk mengisi borang secara atas talian. |
Tarikh | : 08 Disember 2018 |
Masa | : 02.00 petang - 06.00 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Seri Cahaya |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan |
Kelas ini dihadiri oleh seorang penduduk tempatan. Tujuan kelas ini diadakan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Power Point. |
Aktiviti |
Pelajar diberi pengetahuan tentang penggunaan Power Point untuk membuat presentation dan poster. Bagi sesi pembelajaran untuk membuat presentation, pelajar diberikan satu topik mudah sebagai tugasan untuk dibentangkan. Bagi sesi untuk membuat poster pula para pelajar diberikan kebebasan untuk membuat tema poster sendiri. |
Gambar Disini |